1. Orang Melayu tidak suka tengok Orang Melayu lain lebih kaya dan lebih senang lenang daripadanya. Maka, ada sahaja fitnah dan hasat dengki yang akan dilakukan kepada orang Melayu tersebut. Ini terbukti bukan sahaja dalam persaingan perniagaan dan kejiranan tetapi yang lebih berat lagi dalam bidang politik. PAS dan PKR bukan tak tahu yang Kerajaan yang memerintah sekarang adalah di ketuai oleh Orang Melayu yang datangnya dari UMNO. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa UMNO adalah sebuat parti yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau mereka kata UMNO tidak betul mengapa mereka perlu menubuh parti lain sedangkan dalam UMNO mereka berpeluang menjadi pemimpin. Yang penting sekarang kalau betul mereka ikhlas dan jujur maka mengapa mereka tidak sama-sama berjuang dalam UMNO yamg sudah tentu 100% ditakbir oleh orang Melayu. Inilah yang dikatakan bahawa orang Melayu memang tidak suka tengok orang Melayu lain lebih daripadanya. Jadi cara PAS dan PKR ini sama lah seperti kita hendak meroboh sebuah rumah yang telah dibina dengan begitu cantik dan indah semata-mata hendak memuaskan hati satu dua orang Melayu yang selama ini kononnya dialah lebih hebat daripada orang Melayu yang lain. Sebenarnya kalau betul pemimpin PAS dan PKR ini memang hebat, marilah sama-sama berada dalam UMNO dan kalau berjaya terpilih menjadi pemimpin maka jelaslah bahawa mereka itu memanglah hebat.
2. Orang Melayu juga merupakan manusia yang tidak ada sikap perkauman. Ini terbukti, sejak penghijrahan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu, Orang-orang Cina dan India boleh sahaja duduk tinggal di kampung-kampung Melayu yang mana mereka boleh sama-sama hidup dalam aman dan damai. Sebenarnya orang Melayu sudah lama mengamalkan semangat 1 Malaysia.
3. Orang Melayu juga merupakan manusia yang jenis cepat memaafkan. Ini terbukti bila mana mereka ternyata ditipu dalam skim cepat kaya. Kita dapati tidak ada penganjur cepat kaya ini di nyanyakan oleh pelabur-pelabur yang rata-ratanya adalah Orang Melayu.
4. Dalam soal nak kaya, orang Melayu memang tidak sabar. Itu sebab penganjur Skim Cepat Kaya mudah memperdayakan Orang Melayu dengan janji-janji manisnya. Maka ramailah Orang Melayu yang tertibu baik Skim Pak Man Telo, Labu Peram, Kad Pripeid dan Internit.
SAMPAI BILAKAH YANG ATAS NAK SEDAR?
BalasPadamA. Sebenarnya kemelut politik orang Melayu berpunca dari atas. Dari dulu sampai sekarang, kekalutan ini adalah disebabkan tindak tanduk mereka-mereka yang mendapat tempat dalam kerajaan.
B. Di Petronas. Ramai yang tidak menyokong kerajaan? Ini membuktikan bahawa pemimpin atas tidak buat kerja untuk parti. Mungkin mereka dapat jawatan Menteri dengan cara mudah, maka apa perlunya mereka susah-susah nak fikirkan bagaimana nak kuatkan parti. HARI INI RAMAI YANG DAPAT TEMPAT DALAM KERAJAAN ATAU AGENSI KERAJAAN TAK PAYAH SUSAH-SUSAH. MAKA KITA LIHAT MEREKA INI SELALUNYA BUAT KERJA SETAKAT NAK POPULAR DAN MENGAMPU PM. ITU SEBAB MEREKA TAK PAYAH SUSAH-SUSAH UNTUK MEMIKIRKAN BAGAI MANA CARANYA UNTUK MENGUATKAN PARTI. AKHIRNYA KITALAH YANG AKAN MENJADI MANGSA KEPADA TINDAKAN MEREKA YANG KONONNYA TINDAKAN MEREKA ITU BOLEH MEMUTIHKAN YANG HITAM.
1. AMALAN LEPAS TENGKUK
Sejak mula merdeka hinggalah sekarang pemimpin bawahan tidak diberi pembelaan yg sepatutnya. Ramai di kalangan pemimpin Melayu mengamalkan sikap "LEPAS TENGKUK MASING-MASING". Mereka yang sepaptutnya tidak patut diberi pembelaan telah menerima habuan sehinggakan kehidupan mereka berubah dan kini mula mengancam kestabilan pemerintah yang ada. Hari ini, mana-mana agensi kerajaan telah dikuasai oleh gulungan yang berasal dari negeri yang dari dulu sentiasa menentang pemerintah yang ada sekarang. Di Pusat-Pusat pengajian Tinggi, di tempat-tempat kerja, peluang-peluang biasiswa, maktab-maktab dan peluang kenaikan pangkat telah dikuasai majoriti oleh mereka yang datangnya dari negeri tersebut. Baru-baru ini di kenaikan kenaikan pangkat di angkatan tentera pula mula dikuasai oleh golongan tersebut. Jadi tidak hairan lah hari ini yang memerintah dari hari ke hari bertambah lemah. Ini ditambahkan lagi dengan kerenah-kerenah mereka yang berdampingan dengan PM. Nampak macam tak ada apa-apa tapi perkara seperti itu akan belaku seperti zaman Pak Lah. Buat lah apa-apa pun, tapi kalau kita tidak kuatkan kepimpinan akar umbi, percayalah bahawa kita akan tumbang sekiranya yang atas diserang bertubi-tubi seperti yang mereka lakukan pada Pak Lah.
Apa kah hari ini kita lihat bila rakyat menerimA 1 Malaysia maka ini bermakna mereka turut boleh menerima parti memerintah? Sebenarnya hari ini rakyat pun telah pandai berlakun.
2. BAGAIMANA KITA BOLEH KUAT?
"BERI MUKA" Berilah muka kepada kepimpinan bawah . Mengapa kita takut lakukan sedangkan kita hendak kejayaan? Mengapa kita terikut-ikut kehendak musuh kita sehingga makan tuan? Buatlah arahan selari dengan Negara dan Negeri Maju. Hari ini bila yang bawah lihat yang atas bersenang lenang, apakah yang bawah ini selama-lamanya disuruh berjuang dengan air liur basi. Berilah bekalan pada mereka dengan secukupnya. Kalau cukup bekalan, saya percaya anak-anak buah yang selama ini menjadi pengikut yang setia tidak akan melawan bila diminta buat sesuatu. Bagi mereka yang dapat tempat dalam kerajaan ini hendaklah buat kerja untuk menguatkan parti. Kita ni dah kriktikal. Antara yang perlu diberi keutamaan ialah:
a. Salurkan peluang-peluang pekerjaan kepada mereka yang setia.
b. Peluang masuk pengajian tinggi dan biasiswa
c. Kenaikan Pangkat
d. Tumpukan usaha pembangunan di kawasan yg menyokong.
e. Berikan pembangunan ekonomi pada penduduk yang kampung yang masih setia dengan tidak mengira apa kaum.
f. Berikan peruntukan-peruntukan berkala kepada kepimpinan akar umbi (Kampung)supaya mereka boleh membantu pada bila-bila masa pada rakyar yang memerlukan.