BON FRB 1934

BON FRB 1934
Yang berminat sila hantar email abmelaka@yahoo.com.my

Isnin, 6 Disember 2010

Tabiat Orang Melayu

1. Orang Melayu tidak suka tengok Orang Melayu lain lebih kaya dan lebih senang lenang daripadanya. Maka, ada sahaja fitnah dan hasat dengki yang akan dilakukan kepada orang Melayu tersebut. Ini terbukti bukan  sahaja dalam persaingan perniagaan dan kejiranan tetapi yang lebih berat lagi dalam bidang politik. PAS dan PKR bukan tak tahu yang Kerajaan yang memerintah sekarang adalah di ketuai oleh Orang Melayu yang datangnya dari UMNO. Mereka juga  bukan tidak tahu bahawa UMNO adalah sebuat parti yang mengamalkan sistem demokrasi. Kalau mereka kata UMNO tidak betul mengapa mereka perlu menubuh parti lain sedangkan dalam UMNO mereka berpeluang menjadi pemimpin. Yang penting sekarang kalau betul mereka ikhlas dan jujur maka mengapa mereka tidak sama-sama berjuang dalam UMNO yamg sudah tentu 100% ditakbir oleh orang Melayu. Inilah yang dikatakan bahawa orang Melayu memang tidak suka tengok orang Melayu lain lebih daripadanya. Jadi cara PAS dan PKR ini sama lah seperti kita hendak meroboh sebuah rumah yang telah dibina dengan begitu cantik dan indah semata-mata hendak memuaskan hati satu dua orang Melayu yang selama ini kononnya dialah lebih hebat daripada orang Melayu yang lain. Sebenarnya kalau betul pemimpin PAS dan PKR ini memang hebat, marilah sama-sama berada dalam UMNO dan kalau berjaya terpilih menjadi pemimpin maka jelaslah bahawa mereka itu memanglah hebat.
2. Orang Melayu juga merupakan manusia yang tidak ada sikap perkauman.  Ini terbukti, sejak penghijrahan kaum Cina dan India ke Tanah Melayu, Orang-orang Cina dan India boleh sahaja duduk tinggal di kampung-kampung Melayu yang mana mereka boleh sama-sama hidup dalam aman dan damai. Sebenarnya orang Melayu sudah lama mengamalkan semangat 1 Malaysia.
3. Orang Melayu juga merupakan manusia yang jenis cepat memaafkan. Ini terbukti bila mana mereka ternyata ditipu dalam skim cepat kaya. Kita dapati tidak ada penganjur cepat kaya ini di nyanyakan oleh pelabur-pelabur yang rata-ratanya adalah Orang Melayu.
4. Dalam soal nak kaya, orang Melayu memang tidak sabar. Itu sebab penganjur Skim Cepat Kaya mudah memperdayakan Orang Melayu dengan janji-janji manisnya. Maka ramailah Orang Melayu yang tertibu baik Skim Pak Man Telo, Labu Peram, Kad Pripeid dan Internit.